Kelas Asas ICT (Ulangkaji komponen-komponen komputer)

23 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 22 Jun 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Basic ICT bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah sesi ulang kaji berkaitan asas komponen-komponen komputer. Selain sesi taklimat tentang fungsi setiap komponen-komponen komputer,peserta diminta menunjukkan setiap komponen – komponen komputer yang berada di dalam pusat internet.Pengisian kelas pada kali ini lebih kepada sesi ulang kaji iaitu mengimbas kembali sesi pembelajaran kelas pada awal tahun.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali